Thursday, November 19, 2009

Manusia - Mangsa atau Pemangsa?

Kamu ada haiwan peliharaan?
Kamu sayang haiwan peliharaan kamu?
Bagaimana sayangnya kamu pada haiwan peliharaan kamu itu?

Bila kamu balik, dia kelihatan gembira sangat tengok kamu.
Kamu juga gembira melihat dia.
Dia tahu dia boleh bermain-main di luar.
Tak perlu duduk bersempit dalam sangkar.


Aku minta maaf, aku terpaksa buat begitu.
Kalau tak, satu rumah penuh dengan tahi kamu.
Satu rumah penuh air kencing kamu.
Sebab kamu kecil lagi,
litter box yang aku beli mahal-mahal itu, tak reti kamu guna.

Aku biarkan kamu bermain di luar.
Memang kebiasaannya begitu pun.

Tersentap tak kamu bila tiba-tiba terdengar bunyi bising di luar, bunyi kucing sedang bergaduh?
Tersentap tak kamu bila kamu tengok semua ada di dalam rumah, tapi yang kecil seekor tiada?
Tersentap tak kamu bila kamu keluar, melihat yang kecil itu sedang bertarung nyawa dengan pemangsa?
Tersentap tak kamu bila kamu teriak, marah, jerit, pemangsa tetap tidak melepaskan si kecil jua?
Tersentap tak kamu bila kamu ingatkan pemangsa seekor kucing biasa, rupa-rupanya si musang celaka?

Kayu, batu, apa sahaja yang dapat dilemparkan.
Dan si kecil akhirnya dilepaskan.
Hidung si kecil berdarah.
Muka kanan tersiat kulitnya.
Mata kanan mengalir darahnya.
Telinga kanannya luka digigit.
Tangan kiri ternampak isinya.
Tuhan saja yang tahu betapa sedihnya aku tengok kamu.
Tuhan saja yang tahu betapa sayunya aku melihat kamu.
Air mata tak tertampung, hati sedih sambil mengesat darahmu.

Mee Ferng datang bagi kamu ubat.
Dia khuatir umurmu tidak panjang.
Aku bawa kamu tidur bersama.
Kamu tidak makan, kamu tidak minum.
Aku jangka menjelang esok, kamu sudah tiada.

Tetapi kamu kuat. Nafasmu perlahan tapi masih ada.
Aku bawa kamu berjumpa doktor.
Walau aku tahu, mungkin ia perbuatan sia-sia.
Sedih tak kamu sekiranya doktor kata,
peluang untuk hidup si kecil sangat tipis?
Apa yang hanya boleh dilakukan cuma beri semangat pada si kecil.
Fahamkah si kecil bila aku bisikkan di telinganya,
"Alex sayang, kamu kena kuat, kuat untuk diri kamu,
kuat untuk adik-adik, abang, kakak-kakak."?

Serius, kalau aku jumpa si musang celaka,
kan ku butakan mata kanannya.

Thursday, November 12, 2009

To Watch Or Not To Watch

That is the question......

I feel like its been so long since I last saw a movie.
OK STATEMENT DI ATAS ADALAH SATU PENIPUAN BESAR!

The latest movie I've watched was The Time Traveller's Wife.
Read the book in 2008 during my pooling days at J.P.A and just fell in love with it. Couldn't put the book down and end up finishing it within 2 days.
Untuk review lebih lanjut mengenai movie tersebut, please click here.

The day before that I went to watch Inglorious Basterds.
Nice one by Quentin. I loike!
Tak dapek den nak agak jalan cito eh.

There are some other movies I'm planning to watch in the near future.
2012, for one. Heard the reviews on radio earlier today and got kinda excited already.

And then of course, the best-selling-book-turned-most-famous-movie of all time (cheh konon), one of the Twilight Saga, New Moon.
Also because I read the books and of course because its a vampire story.
Don't you know my alter-ego is a vampire lady?
Please bite me, Ooopsss! Only Edward allowed. Thank you.

I don't know why but I have an interest of watching Pisau Cukur.
I have high respect for Rafidah and I think she has ideas and knows how to potray the life of the typical urban girl.
Even my twin uncles highly recommend me to go watch this movie.

And suddenly I'm feeling VAIN.
SO?


if you happy and you know it, raise your hands up!


putih itu suci lagi bersih. jahat tidak, nakal sudah pasti. =P


biarlah rahsia. kangen.


i love you both the same! honest! muah muah!


on, click-click, canteq!

Monday, November 9, 2009

Aku BORING! Kalau Boleh Nak Balik Rumah Layan Anak Kucing!

WHAT WAS YOUR:
1. Last beverage : Teh ais semasa breakfast bersama Mee Ferng. =)
2. Last phone call : a call from Pak Uda pasal kerja.
3. Last text message : Mat Yie sent MMS of the latest picture of Aymann, his and Komeng's newborn baby boy!
4. Last song you listened to : Taylor Swift's You Belong To Me (and still terngiang-ngiang di telinga ku, dah jadi macam annoying pulak)
5. Last time you pee : during shower. (-__-') (eh taklah, mak kita ajar perempuan mana boleh weewee berdiri!)

HAVE YOU EVER:
6. Dated someone twice : haah. Mee Ferng antara contoh kes. heh.
7. Been cheated on : haah. ntah ape lah nasib badan. tapi aku pun jahat, cheat balik. hahahahah.
8. Kissed someone and regretted it : oh saya tidak cium dan bagitau.
9. Lost someone special : yes, my grandpapas (rindu seyh pada mereka!)
10. Been depressed : yes, tapi takdelah sampai tahap nak bunuh diri.
11. Been drunk and threw up : im such a loser!

LIST THREE FAVORITE COLOURS:
12. brown
13. green
14. red

THIS YEAR HAVE YOU: (2009)
15. Made a new friend : oh yes baby!
16. Go to holiday : haruslah bercuti setiap tahun at least sekali, pertengahan tahun ke pulau, akhir tahun ke benua Australia, insyaallah.
17. Laughed until you cried : perkara biasa. sampai abis makeup pun ade.
18. Met someone who changed you : definitely!
19. Found out who your true friends were : yes!
20. Found out someone was talking about you : bila yang taknya? tapi ada aku kisah? (bak kata azwan ali, si mulut laser. heh)
21. Kissed anyone on your FB friend's list : kiss pipi ke comolot?
22. How many people on your FB friend's list do you know in real life : semua yang aku kenal, kalau tak pasti tiada dalam list.
23. How many kids do you want to have : 4, preferably 2 pairs, tapi Mee Ferng nak 5, lagi best 6. (kalau aku kawen umur 29, by 40 dia nak aku tutup kilang, ko agak-agak tak ke maunya tiap-tiap tahun aku kena beranak? Meh sini take over beranakkan untuk aku boleh....sayang?)
24. Do you have any pets : 5 cats - 2 girls, 3 boys.
25. Do you want to change your name : nope, i like mine, its unique, for people of my age. dari aku tadika sampailah masuk Universiti, takde sorang pun classmate/batchmate yang sama nama ngan aku.
26. What did you do for your last birthday : layan NRG perform live - yeah!
27. What time did you wake up today : 6.06 am (aku masuk kerja kul 9 am tau. Nak breakfast sama punya pasal. So sweet kan aku? Uwek)
28. What were you doing at midnight last night : cite bilik tido takyah tau lah.
29. Name something you CANNOT wait for : pelok kembar di rumah. oopss and meeting him before that too.
30. Last time you saw your Mother : yesterday
31. What is one thing you wish you could change about your life : i think if i change anything, i wont be the person i am today, so nothing i wanna change, really, nak pikir pun tak nak.
32. What are you listening to right now : orang tengah kacau cawan. tempat kerja aku sebelah pantry.
33. Have you ever talked to an animal : ahaha. biasa dah ni. borak ngan anak-anak berbulu aku kat rumah.
34. What's your favourite car : i dont have one, tapi kalau ada orang nak belikan aku kereta, aku pekenan bmw z4 (ni untuk meronda-ronda di waktu petang sambil atap terbuka) atau pun x5 (aku kan suka bawak keta tinggi-tinggi, ada la power skit). ok gedik, nak beemer aje!
35. Most visited webpage: gmail, sebab kat sini je aku boleh berchatting. sebelum ni facebook tapi ofis baru aku block FB. dem.
36. What's your real name : tengok kat FB badge aku, tu lah nama betul aku.
37. Nicknames : ara, akak, aunty aya (panggilan niece aku, sufea), aya (panggilan nephew Mee Ferng, Babey), sepet (ye aku tak kisah pun, aku sedar diri ok).
38. How much money you have now in your savings : haih. SUSAH nak jawab.
39. Any assets : keta - checked!, rumah - tengah skit lagi nak check.
40. Male or female : female!
41. Elementary : srk gurney 2, srk tmn melawati, srk sect 6 shah alam
42. Middle School : -
43. High school/college?: smssaas, sm tmn melawati
44. Hair colour : blacky (zaman kaler-mengaler sudah berlalu, tap kalau aku dah tua start beruban dan masih tidak boleh menerima proses penuaan aku, mungkin lah aku cover hair kaler aku kaler inai).
45. Long or short : mid length, aku tengah try so hard (and it is very dem hard okeyh!) nak simpan rambut panjang sampai ke paras tali bra.
46. Height: lima kaki tiga inci.
47. Do you have a Ferrari? : I WISH! dapat sebijik kaler merah kan best. Agak-agak Anuar Zain nak bagi aku test drive dia punya tak? Heh. Mimpi.
48. What do you like about yourself : hmmm...kang aku jawab orang kata aku poyo. aku sorang cakap aku poyo cukuplah.
49. Piercings : banyak jugak lah. tempat yang korang takleh nak nampak dengan mata kasar pun ade. ahahaha.
50. Tattoos : harem. kalau tak harem memang lama dah ade satu kat atas buttock aku.
51. Right or left : aku right-handed.

FIRSTS :
52. First surgery : 2008 - pasal cysts.
53. First football boots : sampai sekarang mane ade football boots.
54. First movie : tak ingat lah. tapi confirm tengok ngan Abah, Mama and adik-adik.
55. First sport you joined : mungkin acara lari 100m, kat sekolah.
56. First vacation : kalau ngan family, dah tak ingat sebab memang dari kecik Mama Abah suka bawak family bercuti. Kalau ngan kawan-kawan aku macam confuse, Langkawi dulu ke or Kuching. hehe. short term memory lost sikit aku ni.
58. Last vacation : pulau lang tengah

RIGHT NOW
59. Eating : burger beli kat luar bangunan ofis aku.
60. Drinking : sky juice.
61. I'm about to : go to the toilet.
62. Listening to : bunyi aircond.
63. Waiting on : the courage to call that uncle about the house.

YOUR FUTURE :
64. Want kids : of course laa~~ nak anak ramai. wee gatal you!
65. Get Married : yes. sedang di dalam pelaksanaan perancangan perkahwinan. =) gatal lagi you!
66. Career : aku harap aku akan jadi KSN satu hari nanti. Tapi aku ada jugak rasa aku akan boring keje dengan gomen ni satu hari nanti sebelum pencen. mungkin aku nak bukak stesen minyak, tapi aku takde duit. aku ade hati jugak nak bukak kedai buku, so that takdelah aku kena beli buku kat kedai buku, boleh baca free kat kedai sendiri. Kalau laki aku kaya, maybe aku nak jadi housewife, jaga anak-anak, tapi aku takut nanti aku boring takde life. Ahhh...senang citer aku banyak cita-cita lah.

WHICH IS BETTER :
67. Lips or eyes : Aku suka lips. Heh.
68. Hugs or kisses : Nak dua-dua. Tak kira!
69. Shorter or taller : Haruslah lagi tinggi dari aku. Kalau tak anak-anak aku nanti pendek cam aku. Lagi satu susah lak aku nak pakai heels.
70. Older or Younger : Older lah. Lebih matured (ye ke? ade je yang muda ni matured kan?)
71. Romantic or spontaneous : spontaneous yang kadang-kadang romantic.
72. Nice stomach or nice arms : arms. hehe.
73. Sensitive or loud : loud over sensitive - all the time!
74. Hook-up or relationship : Relationship (sebab aku dah ada Mee Ferng sekarang. Heh)
75. Trouble maker or hesitant : Tak suka both!

HAVE YOU EVER :
76. Kissed a stranger : pernahkah? takpe lah i dont kiss and tell.
77. Drank hard liquor : aku memang lah loser dowh.
78. Lost money : memang. asal gaji masuk je, lepas tu dia hilang. kenalah tunggu sampai bulan depan.
79. Virgin : aku virgin about threesome. hahaha.
80. Broken someone's heart : only the hearts worth being broken.
81. Broken bones : tiada pernah.
82. Been arrested : kalau aku kena arrest, Abah aku pun sure kena arrest lepas tu sebab aku memalukan keluarga so bunuh aku. heh.
83. Turned on : by what? orang? susah nak turn on aku ni.
84. Cried when someone died : family members dan anak-anak berbulu aku.
85. Fallen for a friend : Yes. Tu Mee Ferng tu salah satu kes la tu. Heh.

DO YOU BELIEVE IN:
86. Yourself : selalunya. tapi kadang-kala terlupa untuk percaya.
87. Miracles : not really.
88. Love at first sight : lust at first sight aku sangat percaya tapi love? cuma pada the late Bumblebee =(
89. Heaven : HARUS!
90. Santa Claus : no.
91. Feng Shui : oh tidak.
92. Angels : of course.

ANSWER TRUTHFULLY:
94. Had more than 1 girlfriend/boyfriend at a time : hmmm...pernah. ni namanya rebellion. padan muka kau. heh.
95. Did you sing today : tak. suara dah hilang bantai karaoke sabtu malam dengan twin uncles.
96. Ever cheated on somebody : yes. sape suruh buat kat aku, kan dah kena balik. ya, itulah karma. lupakan.
97. If you could go back in time, how far would you go : 1996. banyak kenangan terindah of growing up.
98. If you could pick a day from last year and relive it, what would it be : 18 May 2008 - not to change a damn thing!
99. Are you afraid of falling in love : sangat takut.
100. Posting this as 100 truths : bapak bosan jugak la. tade ke tag yang best aku boleh buat?

My Baby Dearest...

Bumblebee died last Thursday setelah genap berumur 1 bulan 4 hari. =(
Jo called me after she found him dead under the side table.
I cried on my way home. Buah hatiku telah tiada. ='(

Yesterday went to the driving range, teman Efir memukul.
Met with two adorable kittens. Both jantans.
Manja dan tak takut langsung dengan manusia.
Born and raised at the golf range. Comel.
Asked the owner if I could take them.
And I brought them home. =)
Mee Ferng and I are still thinking of possible names for them.
Any ideas peeps? Preferably nama cartoon yang berpartner.
Terpikir; Chip and Dale, Lilo and Stitch (Lilo dan ade so tak dapat nak letak), Optimus and Megatron (tapi dah try panggil macam tak kena sebab both terlalu comel), Batman and Robin?, Bart and Homer?, Beavis and Butthead? Haih. Semua macam tak kena.

Kalau lah rumah aku lagi besar and duit aku ada lebih,
serious aku bawak balik lagi banyak kucing.

Thursday, November 5, 2009

Before and During the Red Flag!

What is PMS (Pre-Menstrual Syndrome)?
Bila perangai gf/tunang/bini/mak/adik atau kakak perempuan/kawan perempuan kau macam terlebih emo time-time dia dah nak dekat datang bulan atau period. Biasanya dalam seminggu sebelum dia datang period. PMS akan affect all women yang masih didatangi haid. So ko better timing bila masanya PMS diorang.

What causes PMS?
Wallahualam. Mungkin sebab perubahan hormon yang berlaku dalam badan. PMS boleh menjadi lagi teruk apabila stress level seseorang wanita itu tinggi, ataupun sekiranya dia mengalami gangguan emosi.

What are the symptoms of PMS?
Symptom PMS meliputi physical and emotional symptoms.
Among others are, sakit belakang yang ko rasa nak baring je the whole day; bloating perut yang tak best rasa buncit; asyik rasa nak mentekedarah all the time; swelling of breast yang ko rasa boobs ko are getting bigger but haha itu cuma perasaan; perasaan kemalasan tahap dewa; senang je air mata ini nak mengalir kadang-kadang benda tu cam tak sedih pun; and not to forget, perasaan senang je nak maki-maki sesiapa yang suka sangat annoy kita dengan benda-benda kecik yang ko tak boleh pikir sendiri ke?

Sila ambil maklum bahawa symptom PMS ni berbeza antara individu wanita. Ada lagi yang patut aku tambah dalam list di atas? Sila berikan ulasan anda.

How common is PMS?
Pada kaum wanita = Cuba tanya diri sendiri, ko ada rasa yang listed kat atas tu tak?

Pada kaum lelaki = Cuba tanya diri sendiri, gf/tunang/bini/mak/adik atau kakak perempuan/kawan perempuan ada tak rasa apa yang listed kat atas tu?

Haaaa....camtulah betapa commonnya PMS.

What is the treatment of PMS?
Pada aku senang je treatment PMS ni.

Untuk kaum-kaum lelaki, ko follow je rules di bawah:

1. Dont annoy the girls.
2. Really, dont annoy them.
3. Seriously man, dont f*cking annoy them.

Ok, beware! I am annoyed.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, November 3, 2009

Psssttt....Sudah Berpunyakah?

Saya berdarah Negri Sembilan.
Abah saya Batu Hampar, Mama saya Anak Acheh.
Mengikut adat, anak mengikut keturunan ibunya.
Saya seorang Anak Acheh yang bangga dengan keturunannya.
(Ada sesape kat sini sama suku ngan aku? Ohh, orang kata Biduanda tu blood brothers ngan Batu Hampar, so bersedara jugalah kita)

Indahnya adat ini kerana keunikannya.
Adat yang merentasi zaman.
Adat yang mengamalkan demokrasi.
Adat yang menekankan pentingnya keluarga dan darah daging.
Adat yang memberi keistimewaan pada wanita.
Bukankah dalam agama itu sendiri, ibu diangkat paling mulia?

Tapi tak ramai yang memahami.
Tak ramai yang mahu pelajari.
Sehingga ada yang takut,
"Eh jangan kawin dengan orang Negri, nanti habis hartamu jatuh ke tangan isteri."
(Haaa...lantaklah korang. Ko tak pikir ke, kalau ko kawen ngan pompuan Negri, harta family dapat kat dia, ko pun untung sekali tumpang sekaki? Dah tu kalau ko bukan orang Negri, adat tu applies pada hang ke?)

Oleh itu, untuk lebih memahami, hari ini mari kita belajar adat merisik. =)

  • Sebelum keluarga si lelaki hantar rombongan meminang si wanita, keluarga si lelaki (biasanya ibu bapa lelaki) datang bertemu keluarga si wanita (ibu bapa wanita) untuk memberitahu hasrat di hati hendak meminang si wanita dan ditentukan dianya belum dipinang orang (tidak berpunya) dan tiada cacat celanya (cacat cela bergantung pada mata masing-masing, 'beauty is in the eye of the beholder' ye tuan-tuan dan puan-puan). Kunjungan bertemu keluarga si wanita diiringi dengan sebentuk cincin (biasanya cincin belah rotan dan tiadalah mahal harganya - melainkan ko kaya rabak lah kan, nak bagi diamond pun boleh, aku terima aje).
  • Mengapa bagi cincin? Subtle sungguh cara masyarakat dahulu dalam kehidupannya kan? Inilah peradaban Melayu. Apa yang terjadi pada cincin itulah penentu masa hadapan kedua-dua makhluk yang sedang bercinta itu. Apabila telah dikemukakan cincin itu pada pihak wanita, biasanya akan diberi masa (usually 7 days) sebelum keputusan diambil untuk terima atau tidak. Ibu bapa wanita akan round-up familynya dan berbincang 'haaa, anak den dah kono pinang, ado ko halangan?'. Kenapa perlu ditanya? Kadang-kadang ada pakcik makcik yang berkenan untuk jadikan wanita sebagai menantu (so ni confirm akan ada halangan dan bermulalah satu drama soap-opera cinta-tak-kesampaian-oh-hati-gundah-gulana), tetapi itu dahulu, masa zaman orang tak bercinta dan mak bapak decide segalanya ok. Kadang-kadang juga sebab family wanita tidak berkenan dengan family si lelaki (ye lah orang dulu-dulu kawin satu kampung, sure kenal family masing-masing).
  • Sekiranya pihak wanita bersetuju untuk menerima lelaki tersebut, cincin itu tidak akan dikembalikan selepas habis tempoh (cool kan? takyah nak inform, dua-dua dah paham). Tapi kalau tidak diterima, cincin dipulangkan, no question asked (dan meraunglah kamu wahai makhluk bercinta, kalau family sudah decide punah jua harapanmu).
Next class, kita belajar adat bertunang pula.

He went to see the choices.
He picked one but wanted to know my preference.
He brought me a week later.
And I chose.
Guess what? It's the same one he has chosen.
I was like 'Yeah right, honey, that's just corny.' Ooohh, and it ryhmes.
And he was like 'Why would I lie to you?' I thought 'Indeed, why?


Hmmm...betullah kut, he might be The One.

Wednesday, October 28, 2009

Siriyes, Pemalu Ke?

Semalam Max sms aku. Dia cakap Badol ajak aku jadi vokalis band dia.
Terkesima jap aku.
Biar benar ni? Kau dah dengar kan suara aku ni? Kan? Kan? Kan?
Tak sedap dowh.
Kau betul ke nak aku nyanyi lagu-lagu band korang ni?
Takut buat rosak lagu je.
Ex aku dulu pun tak pernahnya suruh aku nyanyi lagu dia.
Kau siriyes ke ni?
Haish kamu semua buat aku malu lah.
Siriyes, aku sengih kambing sorang-sorang dowh semalam.
Aku tak confident nak nyanyi depan orang aku tak kenal.
Kan hari tu nyanyi kat rumah kau pun aku cover pandang kertas.
Tak pandang pun kiri kanan. Muka kamu orang apatah lagi.
KARAOKE tu jangan cakap la.
Time tu bila dapat mic memang hilang kemaluan. Tak lepas mic tu dah.
(Bila bagitau Mee Ferng, dia cakap apa tau? "Pegi la, saya pun dapat offer jadi band wagon girl band kawan saya, tour satu Malaysia lagi". Banyak cantik awak! Tau lah jeles orang tak ajak dia. Nak ikut girl band tawaf satu Malaysia ye? Berani pegi la buat.)

*Tapikan suara Mee Ferng memang sedap. Ala-ala Boyz-2-Men la. Sexy. Aku kan jenis suka mamat yang ada darah seni ni. Boleh jamming sama-sama, dodoikan aku tido, dodoikan anak tido, karaoke duet sama-sama, karaoke ngan mak bapak aku, nyanyi kat kenduri kawin aku (eh?). Tapi rasanya nanti anak kitorg (eh anak?) mesti pening ngan mak bapak dia, sorang minat musik lain, sorang minat musik lain. Tapi nasib kamu la nak, Mama ni bakal bini solehah, sekarang pun dah praktis dah, ape Abah kamu tu nak dengar, Mama ikutkan aje. Nama-nama kamu ni pun Abah kamu yang bagi, Mama takde can langsung nak bagi nama, Atuk kamu pun tak dibaginya. GEDIK OK ARA! dah terikut perangai Mee Ferng yang suka je nak buat cerita-cerita drama pastu aku mesti join sekali berdrama* (salahkan Nescafe makcik ni buat sedap gila vavi dan pekat sampai mata aku terjegil je ni dan aku mcm aktif gila dan macam ade heart palpitation pun ye jugak. Rasa dah jadi macam hamster kat kedai haiwan tu sambil tengah bersenam kat roda tu aje.)

Esok aku dan Mee Ferng cuti. Hooray!
Dia nak adjust dengan developer nak beli rumah di ****T **N******.
Doakanlah kitorang dapat beli rumah tu ye kawan-kawan.
Sebab selagi takde rumah, kang aku tak dapat kawen kang.
Mee Ferng tu nak ada rumah sendiri sebelum pinang aku ni.
Nak kira bagitau bapak aku lah,
"Abah, saya boleh jaga anak Abah sebab saya dah ada rumah sendiri ni."
Dia suka la memandai praktis panggil bapak aku Abah, sampai bapak aku asyik tanye aku kenapa dia panggil Abah? Mee Ferng aku ni tak malu sikit, nak buat camne. Elok la tak malu. Sebab aku ni pemalu. Opposite attracts. Uwek. Geli je statement.

After that kitorang nak gi beli **N*** **S**. (cuba teka kalau bijak!)
Ish malu lah saya.
Bila bagitau Abah planning kami, Abah asyik senyum aje.
"Dah besar anak Abah sorang ni" sambil duduk sebelah dan gosok-gosok kepala anak dia.
Eee ape ni?? Tamau aaa camni. Tamau aaaaa. Eee malu la.

Lepas tu ape lagi? GOLF la seround.
Dua-dua pun hantu golf. Dah cuti tu semestinya ke padang golf.
Aku nak target 130 boley? (ye aku tak terer, main 130 ni masih tiada handicap ok (-__-'))

Minggu ni juga akan jadi weekend yang hectic juga.

Plan No. 1 - Ke Wedding Cik Hanis

Plan No. 2 - Ke Wedding En. Faiz

Plan No. 3 - Gi party Oktoberfest?
(Mee Ferng kata aku dah tua, tak payah la nak party-party ni.
(-__-') sabar yo lah
.)


Plan No. 4 - Golf lagi? Mane lah tau kan, Abah nak belanja seround kat Nilai Springs lagi sekali.

Ok dah aku nak gi Ikea gi beli lampu.

Monday, October 26, 2009

Bajet Sudah Lari.

Last weekend was pretty hectic.
(Weekend aku 2/3 minggu ni macam memang hectic je memanjang (-__-'))
Friday night, I joined Marianne's 24th birthday celebration.
At the Borneo Rainforest Sunway.
The best part was there's a live band performing.
The Superfriends! I think they are like the younger version of NRG.
I enjoyed the band. Boleh pergi tengok lagi!

Saturday, went to have lunch with Mee Ferng's family.
His older sis treat us Tony Roma's *nyum nyum*
His nephews were adorable, especially the youngest.
And I was a bit surprised when we went into the shop *bling-bling*.
Segan pun ada. Tapi buat blur sudah. Heh.

That night I went to have dinner with the girls.
At the Bubba Gump, The Curve.
Aida Bombom, Izza Kurus and Mummy-to-be Komeng.
Komeng is due next month and I felt him kicking his mummy's belly.
Izza has started working back with Petronas.
And Aida is seeing someone new. =)
We plan to have another holiday trip, to Penang.
No boyfriends allowed. Only husbands and children. (-__-')
Sorry la sayang awak tak boleh dijemput. Huhu~

Ma and Abah came home from Melbourne on Sunday morning.
Nothing for me but chocolates.
(*sigh* bila la nak get it into my head yang aku ni dah besar, dah keje, dah tua, dah tak patut mengada-ngada mintak abah mama itu ini?)

And the BAD NEWS so far *JENG JENG JENG*

"Anda perlu membayar tunggakan sebanyak RM900++ dalam masa 14 hari dari tarikh surat ini atau anda TIDAK DIBENARKAN KE LUAR NEGARA."

tarikh surat dari PTPTN = 15 October 2009.

dem.
and aku dah beli tiket pegi-balik Melbourne untuk Disember ni.
(-__-')
bila gaji nak masuk ni???

Friday, October 23, 2009

Today is Her 27th Birthday

I was crying in my room, thinking about my late grandfather.
He just passed away a few weeks back.
Somebody came knocking on my door and open it.
And said she wanted to borrow our iron.
She saw me crying, or the worst attempt of trying to cover it.
And she asked me why I was crying,
and I told her I miss my Atuk.

And then she sat next to me, on my bed.
Holding me, and just listened to me pouring my heart out.
And when I stopped, she told me that hers died a few months ago too.
And we cried together, in each others arms.

That was the start of our beautiful friendship.
That was 9 years ago.
She was and still is the most beautiful human being, any person could ever ask for a friend.
Someone who would just be there for you, without asking anything in return.
Her loss was felt by everyone's life she touched.

I miss her. The cheerful, lovable, kind-hearted girl.
I thought somehow as time passes by, the pain of losing her would lessen.
Every year, this date always makes me sad.
May she rest in peace.


In Loving Memories - Nafisah Sapuan
23.10.1982-18.12.2004

Thursday, October 22, 2009

Kalau Buat Baik Dengan .....

Mak kita ajar, buat baik dengan semua orang.
Walaupun orang tak baik dengan kita.
Walaupun orang buat jahat dengan kita.
Sebab....


  • Kalau kita buat baik dengan Pak Guard, nanti bila kita nak balik kerja, bila kita duk buat muka tensi sebab tahu akan kena redah traffic jam yang OH-MY-GOD-SO-DEM-FRUSTRATING, dia kesian kat kita, pastu dia tanya 'nak balik mana', kita jawab la 'nak balik Kajang', dia tanya balik 'nak ikut jalan mana', kita jawab balik 'ala nak ikut jalan Kerinchi Link pastu turun Federal pastu gi Seremban Sungai Besi tu', nanti dia cakap, 'ok saya ajar awak ikut jalan dalam kat Damansara Heights ni untuk gi Pusat Bandar' pastu dia ajar kita pastu kita follow pastu yeay kita dah sampai Kerinchi Link lagi laju dari orang lain.
  • Kalau kita buat baik dengan Kakak Cleaner, nanti bila kita tengah duduk elok-elok cantik-cantik dekat meja besar kita ni, dia datang dan kemas-kemas meja yang bersepah ni sebab kita kan penyepah sikit kan and offer banyak benda, 'cik nak minum air? cik nak biskut? cik nak nescafe?' sedap lak tu nescafe lagi sedap dari starbucks ok i tell you.
  • Kalau kita buat baik dengan Kakak Counter-Tiket-Tempat-Letak-Kereta, nanti tiap-tiap hari nak balik, bila kita kena mengadap muka dia nak bayar tiket, dia akan selalu puji kita, macam 'kawan akak kata adik ni comel tapi tak tau Cina ke Melayu' (-__-'') adoih. tapi takpe, senyum je cakap kat dia, 'time kasih kak, tapi comel-comel pun boleh jadi tak comel sebab asyik kerut je nak bayar tiket parking rm30 tiap-tiap hari' huhu. pastu terus tiba-tiba kena bayar rm25 je, ada diskaun. ye gembiranya hati saya. rm5 lagi boleh buat untuk bayar tol.
  • Kalau kita buat baik dengan Kakak Jaga-Pintu-Masuk-Ofis, nanti dia akan kesian kat kita bila tiap-tiap kali nak pegi toilet asyik kena mintak tolong orang buka pintu nak keluar masuk ofis, 'kak, saya nak gi toilet la kak, mintak tolong bukak pintu boleh? kak, saya nak gi surau la kak, mintak bukak pintu boleh? kak, saya nak balik la kak, mintak bukak pintu boleh? kak, saya tak boleh masuk, kak? kak? kak? (ni sebab kat luar pintu cermin and kakak tu tak tau gi mane so takleh masuk ofis kena tunggu akak tu balik ke tempat dia dan sementara menunggu kena la buat-buat main henpon nak cover malu macam kena denda berdiri kat luar masa zaman sekolah dulu) (-__-'') nanti akak tu kesian dia pun bagitau orang sekuriti tu cepat-cepat la buatkan access untuk kita ni and orang tu pun ambil kita punya thumb print and masukkan dalam sistem so that instead of seminggu, dalam dua hari je kita dah dapat access. (^^,)\/

Tapi kan, kita belajar dari pengalaman kita, buat baik berpada-pada.
Sebab suka tak suka, ada ramai yang suka mengambil kesempatan.
Kalau kita jumpa orang asyik buat jahat je kat kita, macam mana?
Kita lari la, tak nak lah kawan.